Friday 19 June 2015

Pembalut

Semalam aku singgah farmasi.
Aku nampak plaster.
Aku nampak kain anduh.
Aku nampak kapas.
Ya,
semua untuk balut.
Tutup setiap luka.

Aku mahu jadi mereka.
Mahu balut hati kamu.
Yang dah aku toreh,
korek,
koyak,
calar,
hingga wujud luka parah.
Dalam.

Aku dapat rasa darah mengalir.

Aku mahu jadi pembalut.

Monday 25 May 2015

Salah

Kali ini aku salah.
Salah besar.
Hati dia,
aku cincang,
aku kopak,
aku koyak,
aku tarah,
aku renyuk,
macam barang kitar semula.

Hati tadi yang pernah aku gilakan.
Hati tadi yang pernah aku tagihkan.
Hati tadi yang pernah aku sangapkan.
Hati tadi yang pernah aku angaukan.
Tapi kini aku sendiri bunuh hati tadi.

Aku minta maaf.
Aku tak ada niat.

Aku minta maaf.
Memang aku punca.

Aku minta maaf.

Wednesday 29 April 2015

Tak bisa baca

Aku tak bisa baca lagi.
Sakit, perit, senak.
Setiap kata kau berlagu pilu.
Huruf-huruf kau bernada sendu.
Penuh esak tangis.

Empangan mata kian retak hampir pecah.
Air mata sudah mula mahu muntah.

Sungguh besar dugaanmu.
Sungguh tinggi cabaranmu.
Sungguh dalam ujianmu.
Aku tak bisa baca lagi.

Kalau itu kisah benar,
aku sanjung kekuatan kau untuk berdiri,
keteguhan kau untuk masih melompat,
keutuhan kau untuk kekal di situ.

Aku tak bisa baca lagi.

Saturday 25 April 2015

Tempat berlindung

Bila hujan kau ada payung,
tempat berlindung.

Bila terik kau ada atap,
tempat berlindung.

Bila sejuk kau ada selimut,
tempat berlindung.

Bila panas kau ada kipas,
tempat berlindung.

Bila takut, resah, sedih, muram,
kau ada aku,
tempat berlindung.

Thursday 16 April 2015

Lapar

Aku lapar.
Walau tadi sudah jamu
satu mangkuk sup ketam,
sayur goreng dan ikan sambal.
Tapi perut masih mahu diisi.

Aku lapar,
Walau tadi sudah lantak
paprik campur,
tomyam, kailan dan telur dadar.
Tapi perut masih lagi keroncong.

Aku lapar,
Walau tadi sudah telan 
bihun goreng, burger
kebab , yong tau fu
dan sotong tepung.
Tapi perut masih rasa kosong.

Oh ya,
mungkin tadi,
aku lupa baca,
Bismillah.

Thursday 9 April 2015

Soalan

Dalam gelap aku termenung.
Aku pergi terus ke lubuk dalam hati aku.
Cuba fikir tentang kamu.
Tentang kita.

Zasssss!!!!
Soalan itu datang tanpa aku jemput.
Soalan hantu.
Soalan sial.

" Masihkah cinta kau sesegar dulu?"

Hati aku mula berpeluh.
Mula cemas.
Mula cuak.
Mula goyang.
Gerak ke kiri resah.
Pindah ke kanan gelisah.

Soalan itu benar soalan hantu.
Peluh makin lama makin sarat.
Mahu lelap mata pun dah tak larat.

Malaun punya soalan!!!!

Monday 6 April 2015

Lagu cinta

6 tali bergema.
Aku alunkan lagu cinta.
Tapi entah untuk siapa.
Sudah lama aku bercinta
dengan lagu cinta aku sendiri.
Ya, aku gubah sendiri.
Tapi ia cuma lagu.
Ia juga peneman aku.
Iramanya kadang indah.
Rentaknya kadang sedih.
Liriknya kadang cerah.
Alunannya kadang pedih.

Mungkin tuhan sengaja,
bagi aku bercinta dengan lagu.
Kerna cinta manusia mungkin
boleh bunuh aku.

Friday 3 April 2015

Aku manusia

Aku manusia
Aku tak boleh peluk gunung
Aku tak mampu capai langit
Aku tak bisa tutup terang matahari
Aku tak daya dakap semua isi laut

Kerna,
Aku manusia

Bak kata Wani Ardy,
Manusia,
Tak boleh ada semua.

Friday 13 March 2015

Kan bagus

Aku sunyi di sini.
Hanya menghadap asap sigar,
yang aku suka main zarahnya.

Kan bagus ada lampu LED berkelip
yang beri cahaya cerah.
Kan bagus ada pemuzik jalanan 
yang iramakan rentak reggae.
Kan bagus ada kawan dan teman
yang belanja aku gelak ketawa.
Kan bagus ada kekasih hati
yang bakal goncang hati aku.

Tak lah aku sesunyi ini.
Aku sunyi di sini.

Friday 6 March 2015

Masih

Ombak laut nyanyi merdu.
Gita burung lunak mendayu.
Tapi aku masih mahu
suara emas kau,
memamnggil aku 'abang'.

-Buat sang bakal isteri-

Monday 2 March 2015

Tenang

Aku cuba tenang.
Macam itik berenang.
Macam burung terbang.
Tapi kepala goncang.
Hati goyang.
Bila kau ucap,
" Selamat tinggal sayang."

Friday 27 February 2015

Selamat jalan tempat praktikal

Hari ini kami pergi.
Tapi bukan dengan tangan kosong.
Kami pergi dukung doa.
Moga kalian temui bahagia.

Kami undur diri dulu.
Dengan jari kemas tersusun.
Minta maaf dari kalian.
Kira kami berlaku dusta.

Salam terima kasih kami hulur.
Kerna memberi izin kepada kami
menginap di sini.

Sampai kita bertemu lagi.
Di hari, masa, ketika yang 
kita semua belum pasti.

- Makmal keselamatan dan kualiti makanan-

Thursday 26 February 2015

Nota cinta aku untuk kau.

Sejuk.
Aku intai tingkap.
Tengok langit siapa datang.
Langit nampak meriah.
Bintang bersepah
mengelilingi bulan.

Langit meriah seiring 
dengan hati aku.
Berseri.
Bergemerlapan.
Semua kerna kau.
Kehadiran kau memberi cahaya
terang dalam hati aku.

Pandang bulan bintang,
aku nampak wajah kau.
Wajah yang meledakkan bom 
bahagia dalam hati aku.
Wajah yang kikis satu persatu
daki kesedihan aku.

Kau penakluk alam semesta hati aku.
Kau permaisuri benua hati aku.
Kau bidadari dunia pujaan hati aku.
Kau terindah buat aku.

Ini kata-kata cinta aku.
Aku titipkan pada kau.
Untuk kekasih hati aku.

Harap kau senang.
Harap kau girang.
Harap kau riang,
bila baca nota ini.


Tuesday 24 February 2015

Merapu

Jam 3.33 pagi.
Aku layan perasaan.
Terasa lambat jam bertukar
jadi 3.34.

Aku cuma pelok tubuh.
Cuba fikir masa depan yang
entah apa warnanya.
Gelap atau cerah aku tak pasti.

Aku cuba jadi tukang rabak
di usia ini.
Mungkin ingin jadi bohemian.
Ada yang tolak aku kedepan.
Ada yang tarik aku kebelakang.

Aku bukan lupa bidang aku.
Aku bukan cuba runtuhkan
harapan mama papa.
Aku cuma cuba cari minat aku.
Yang mungkin akan letakkan aku setapak,
dua tapak, bertapak-tapak di depan.  

Sekian...

Sunday 22 February 2015

Anjing

Engkau jadi anjing.
Aku jadi gunung.
Kau nyalak kuat mana.
Aku sikit tak bergegar.

Sampai bila mahu jadi anjing?
Sampai bila mahu menyalak?
Woof!! Woof!!
Engkau bicara seribu patah,
sumpah seranah aku.
Aku tetap dengar Woof!! Woof!!

Sampai bila mahu jaga kain orang?
Tak sedar kain sendiri hampir terlucut.
Nanti kemaluan tersembul, 
sendiri malu.

Simpan la suara tu.
Nada kutukan kau, 
merosakkan alam.
Nanti alam berang.
Nanti tuhan marah.
Mampus kau jadi bisu.

Sudah bisu apa mahu buat?
Apa mahu bikin?
Mahu nyalak lagi?
Takut nanti manusia sendiri yang
campak kau dalam neraka.

Saturday 21 February 2015

Jarak

Jarak aku dengan kamu
cuma sejengkal.
Tapi aku masih perlukan sesuatu
untuk bawa aku kepada kamu.

Mungkin aku terlalu jauh 
dengan tuhan.
Jadi tuhan jauhkan aku
dengan kamu.

Monday 9 February 2015

Mati akal

Kau diam macam batu.
Tapi muka kita saling berpandangan.
Habis semua mantera jampi serapah cinta
aku taburkan,
tapi kau hanya main makanan di meja dengan garfu.

Hati aku berdebar, resah, kacau bilau 
bila melihat gelagat kau yang seperti 
menganggap kata-kata aku ini hanya bisikan
syaitan tanduk seribu ekor 9.

Aku cuba lagi.
Cuba tanya keputusan kau tentang perlanjutan 
hubungan kita - cinta yang aku harapkan.
Tapi seperti tadi,
mulut kau seperti ada kunci atau ada gam
yang membuatkan kau bisu.

Tapi,
tanpa mendengar suara lunak kau menjawab 
pertanyaan aku,
aku sudah tahu mana hala hubungan kita
selepas seorang lelaki berkaca mata hitam,
rambut kemas tersisip menarik tangan kau
dan membawa kau pergi.
Kau pergi dengan hati aku.
Hati aku sangkut melekat rapi dengan kau.
Pulangkan balik sial !!!

Aku letak kepala atas meja sambil
biar air mata aku menitis perlahan.
Aku mati akal.
Seiring dengan hati aku - mati.

Sunday 8 February 2015

Kawan

Kau dan aku satu kepala - kepala masuk air.
Paras air pun dah sampai mata.
Merapu meraban bersama.
Kau jatuh, aku sambut.
Aku sambut, aku tergelincir kau tarik tangan aku.
Aku tak pasti apa dunia aku akan jadi tanpa
kawan gila sewel macam kau.

Tempat luah perasaan yang beku 
bak ketulan ais dalam hati.
Tempat lepas geram menyala-nyala
bagai api marak yang boleh meranapkan satu kota.

Aku mahu kita seiring.
Walau kau ambil kanan dan aku pilh kiri,
aku mahu titik akhir kita sama.
Titik di mana kita jadi apa kita mahu jadi.

Kau kawan aku.
Atau perlu aku panggil sahabat.

Apa lanc kau nak buat,
jangan buang aku.

Saturday 7 February 2015

Sedih

Dia sedih.
Dia resah.
Gundah gulana.
Parah tak terkata.

Dia kebah, hampir rebah.
Tubuh lemah, muka pucat.
Semuanya barai.
Semuanya serabai.

Hatinya merah berdarah, 
seperti ditoreh objek yang lagi
tajam dari pisau.
Hatinya kuning bernanah,
persis diserang bakteria Salmonela.

Suaranya lemah,
langkahnya longlai.
Matanya merah,
Akibat cecair mata berderai.

Semuanya angkara dia ditinggalkan 
bidadari dunia pujaan hatinya.

Tuesday 3 February 2015

Kalah

Firasat aku benar.
Aku akan sampai satu titik ini.
Titik di mana aku hilang haluan aku.
Aku sesat dalam hutan hidup aku.
Aku lemas dalam lautan perjalanan aku.

Masuk hutan mesti tahu serba serbi hutan.
Selami laut harus tahu serba serbi laut.

Tapi aku alpa tentang itu.
Aku leka dek nikmat yang mencurah bagai air terjun.
Aku tidak sedar curahan itu buat aku tewas.

Kini bagaimana?
Berpatah balik atau teruskan
perjalanan yang sudah tidak lancar dan halus?
Beku otak aku.
Mati akal aku,
Aku sudah kalah!!!




Sunday 1 February 2015

Kecil-kecil dulu

Kecil-kecil dulu,
tak payah risau pasal wang.

Kecil-kecil dulu,
tak perlu endah pasal cinta.

Kecil-kecil dulu,
kau hanya fikir girang kau.

Kecil-kecil dulu,
kau hanya mahu kehendak kau dituruti.

Walau baju sarat dinodai lumpur,
kau masih gagah senyum dan ketawa.

Walau ibu sudah memekak,
ayah sudah melibas rotan,
kau masih bisa melompat riang.

Tapi itu,
kecil-kecil dulu.

Friday 30 January 2015

Pengaruh

Aku hadir di sini.
Cuba kejar impian.
Kotak yang asalnya kosong aku isi dengan harapan.
Aku hias dengan kebahagiaan.

Tapi kau,
kau kikis satu-satu isinya.
Hiasan tadi kau kusamkan.
Kotak tadi jadi usang.
Usaha aku bagai curah air ke mangkuk jamban.
Sia-sia.
Paras airnya tidak meningkat.

Aku rebah.
Aku tenggelam.
Hanyut dibawa arus kau.
Semua pasal kau !!!
Kau yang digelar pengaruh.



Monday 26 January 2015

Tiada lagi

Bebelannya selalu memekakkan telinga aku.
Jeritannya sering buat aku goyah.
Tegurannya pasti aku menusuk bahagian dalam hati aku.
Sampai kadang-kala aku lari menjauhi dia.

Pertengkaran dengan wan amat lucu.
Kadang buat kami cucu-cucu geli hati.
Ayat sentapnya sering kali menaikkan darah wan.
" Yah, aku dah tak lama ni. "

Tapi kini, dia benar sudah pergi.
Pergi mengadap sang pencipta.
Lirikan senyuman wan sesetengahnya tidak berseri lagi.
Hanya tinggal senyuman kusam, suram dan ketat.

Tiada lagi bebelan memekik.
Tiada lagi jeritan bingit.
Tiada lagi teguran pedas.
Yang ada cuma aku meratap pemergiannya.

Abang rindukan atuk....
- Bharin bin Mohamad-

Sunday 25 January 2015

Rindu

Aku pandang langit luas.
Aku nampak rembulan.
Aku nampak sang bintang.
Wajah kau sekelip mata terpampang.
Buat aku senyum sampai telinga.

Kata kau,
" kalau awak rindu saya, pandang lah bintang. "

Tapi itu khayalan aku semata.
Realitinya kau tetap jauh.
Realitinya kau tetap tidak dapat hadir.
Realitinya aku masih rindukan kau.

Hadirlah sayang.
Aku tagih kehadiran kau.
Ubati kudis bernanah ini.
Rawat luka dalam ini.

Aku rindukan kau.
   

Wednesday 21 January 2015

Hamba Lelaki

Kau tabur kata manis.
Kau beri harapan tinggi melangit.
Kau bagi aku lihat pelangi.
Aku terbang tinggi,
hingga tidak sedar setinggi ini.

Kau beri pujuk rayu.
Sehingga aku tidak mampu menggeleng.
Setiap sudut tubuh aku kau ratah sehingga kering.
Dan kau akhiri dengan janji manis untuk menjaga hati aku.

Akhirnya pelangi tadi kau tarik.
Sekali gus membuat aku jatuh menghempap bumi.
Janji manis hangus dijilat api.
Adakah aku cuma satu persinggahan?

Tuesday 20 January 2015

Hamba wanita

Kau heret aku persis anjing.
Kau tagih semua masa aku.
Kau sekat kemahuan aku.
Aku tahu cinta kau luas.

Aku cuba sedaya tubuh aku.
Luangkan masa untuk kau.
Tapi kau seakan tidak puas hati.
Kau tambat aku seperti lembu.
Apa aku tidak punya hidup sendiri?

Tapi akhirnya kau pergi.
Kau melangkah kepada yang baru.
Sang dia lebih menarik hatimu.
Adakah aku cuma satu persinggahan?

Monday 19 January 2015

Kota raya

Kota yang dikatakan tidak pernah mati.
Sekeliling penuh dengan batu konkrit pencakar langit.
Udara seakan sesak nafas dek debu jalanan.
Alam semakin tenat dengan tabiat umatnya yang semakin kerap memikir perihal dunia.

Aku singgah di satu atap.
Cuba tenang bersama alam.
Tapi alam seperti mengadu kerna tidak larat lagi menanggung jerawat noda yang semakin laju menumbuh di pelusuk mukanya sehingga terlindung kesuciannya.

Ini kota raya.
Indah khabar dari rupa.
Zahir nampak megah, tapi batin sebenarnya hina.
Kota yang dikhabarkan luas dengan peluang pekerjaan dan pelajaran,
tapi sebenarnya padat dengan pengaruh dan pencemaran.

Sunday 18 January 2015

Sebelum sampai tarikh luput

        Puntung rokok tadi masih berdiri di dalam tempat habuk rokok waima aku dah padamkan apinya. Seolah-olah masih lagi mahu berbakti kepada perokok walaupun telah kekeringan tembakau. 

        Tetapi manusia, ciptaan terbaik Pencipta, lengkap berpancaindera kadang-kala lupa untuk berbakti. Adakah kerana terlampau leka dengan nikmat dunia? Atau memilih untuk menjadi alpa?

Berbakti selagi mampu,
sementara nyawa pinjaman itu ' belum sampai tarikh luput'.

Thursday 15 January 2015

Rujukan aku

Aku berjalan, aku tersungkur,
aku bangun, aku sambung dengan berlari.
Aku jatuh, aku bangkit,
aku sambung dengan pecutan.

Sawang ejekan aku bersihkan.
Lalang hinaan telah aku tebas.
Batu kutukan aku lempar ke tepi.

Titik hidup aku terus sambungkan.
Walau tak lurus aku tetap sambungkan.

Rujukanku hanya satu,
hanya pada pengalaman yang banyak mendewasakan aku.

Wednesday 14 January 2015

Dimensi malam

Malam semakin gelap,
bulan semakin hilang.
Aku masih lagi menikmati asap tembakau yang sedari dulu sudah tahu natijahnya.
Aku mula memasuki dimensi malam aku,
yang penuh dengan imaginasi yang terlampau.
Sampai aku tidak dapat ketemu relevennya dari mana-mana sudut.
Imaginasi tadi aku lanjutkan,
hingga mata makin kuncup, pandangan kian kabur,
dan akhirnya aku dibuai mimpi lena.

Tuesday 13 January 2015

Kenapa sama?

Jendela aku selak, 
masihkah hari ini sama persis semalam?
Pada luaran seakan sama,
pada dalaman itu tidak pasti.
Rutinnya sama,
tapi semangat adakah masih sama?
Kalau sama, kenapa sama?
Mana kemajuannya?
Bukankah kita selalu berdoa agar hari ini baik dari semalam?
Adakah doa tidak terkabul?
Atau kita yang lalai dan alpa tentang kemajuan?
Itu pilihan.

Monday 12 January 2015

Pergi

Malam itu aku pergi.
Air mata melankolik menemani.
Gunung kesedihan aku daki semata-mata untuk lari.

Selepas kau tahu kebenaran,
apa kau akan berpatah balik?
Apa kau ubah hati kau?
Aku tak nampak begitu.

Jadi aku pergi,
aku lari,
dengan hati yang masih tak utuh.
Walau goyah,
aku tetap langkah.
Sampai kau bahagia.
Aku doakan.

Sunday 11 January 2015

'KALAU'

''Kalaulah aku rajin, pasti aku lulus.''
Itu kata-kata penyesalan.
Kata-kata yang sering diungkap manusia pabila menghadapi kegagalan.
Ini negatif.

''Kalau rancangan ini tidak menjadi, kita tukar ke Plan B.''
Kata-kata manusia yang sering bersedia dengan apa jua kemungkinan yang ada.
Ini positif.

Sebagai manusia aku juga selalu mengaplikasikan
 'KALAU' dari segi negatif lebih dari positif.
Jadi, tulisan ini untuk aku dan kalian.

Wednesday 7 January 2015

Cinta Kimia

Kalau kau acid,aku conjugate base,
tak payah lah aku sebutkan kalau kita bersama apa akan jadi,
tapi aku harap buffer yang kita hasilkan akan menjadi indah.

Aku nak kita jadi gas oksigen,
gas oksigen dikandungi oleh dua atom oksigen,
dan kalau kau satu daripadanya,aku akan jadi yang satu lagi.
Mereka tak akan berpisah,
selagi mereka gas oksigen,
mereka tetap bersama.

Aku tau susah nak dapatkan coefficient 0.999,
tapi apa kita selalu buat, 
berusaha sampai dapat benda tu.
Macam itu juga aku harapkan pada cinta kita,
kita tetap berusaha sampai kebahagiaan itu milik kita.

Tuesday 6 January 2015

Mati

Apa yang kita tahu tentang mati?
Adakah cuma apabila malaikat maut pisahkan roh kita dari jasad?
Adakah kita sedar bahawa mati juga salah satu cara Dia tunjukkan kasih sayangNya?
Tapi kenapa? Kenapa masih ramai yang mengeluh, ramai yang kecewa apabila orang yang disayangi mati?

Ramai yang takut pada mati
Perlukah?
Perlukah kita takut pada mati?
Pada saat kita lahir sudah diingatkan hanya takut pada Allah.
Dari saat kenal dunia sudah disuruh ingat mati, bukan takut padanya.

Kematian bagaimana yang kita inginkan?
Mati dalam keadaan beriman atau sebaliknya?
fikirlah wahai generasi muda,
masamu pasti akan tiba.