Wednesday, 29 April 2015

Tak bisa baca

Aku tak bisa baca lagi.
Sakit, perit, senak.
Setiap kata kau berlagu pilu.
Huruf-huruf kau bernada sendu.
Penuh esak tangis.

Empangan mata kian retak hampir pecah.
Air mata sudah mula mahu muntah.

Sungguh besar dugaanmu.
Sungguh tinggi cabaranmu.
Sungguh dalam ujianmu.
Aku tak bisa baca lagi.

Kalau itu kisah benar,
aku sanjung kekuatan kau untuk berdiri,
keteguhan kau untuk masih melompat,
keutuhan kau untuk kekal di situ.

Aku tak bisa baca lagi.

Saturday, 25 April 2015

Tempat berlindung

Bila hujan kau ada payung,
tempat berlindung.

Bila terik kau ada atap,
tempat berlindung.

Bila sejuk kau ada selimut,
tempat berlindung.

Bila panas kau ada kipas,
tempat berlindung.

Bila takut, resah, sedih, muram,
kau ada aku,
tempat berlindung.

Thursday, 16 April 2015

Lapar

Aku lapar.
Walau tadi sudah jamu
satu mangkuk sup ketam,
sayur goreng dan ikan sambal.
Tapi perut masih mahu diisi.

Aku lapar,
Walau tadi sudah lantak
paprik campur,
tomyam, kailan dan telur dadar.
Tapi perut masih lagi keroncong.

Aku lapar,
Walau tadi sudah telan 
bihun goreng, burger
kebab , yong tau fu
dan sotong tepung.
Tapi perut masih rasa kosong.

Oh ya,
mungkin tadi,
aku lupa baca,
Bismillah.

Thursday, 9 April 2015

Soalan

Dalam gelap aku termenung.
Aku pergi terus ke lubuk dalam hati aku.
Cuba fikir tentang kamu.
Tentang kita.

Zasssss!!!!
Soalan itu datang tanpa aku jemput.
Soalan hantu.
Soalan sial.

" Masihkah cinta kau sesegar dulu?"

Hati aku mula berpeluh.
Mula cemas.
Mula cuak.
Mula goyang.
Gerak ke kiri resah.
Pindah ke kanan gelisah.

Soalan itu benar soalan hantu.
Peluh makin lama makin sarat.
Mahu lelap mata pun dah tak larat.

Malaun punya soalan!!!!

Monday, 6 April 2015

Lagu cinta

6 tali bergema.
Aku alunkan lagu cinta.
Tapi entah untuk siapa.
Sudah lama aku bercinta
dengan lagu cinta aku sendiri.
Ya, aku gubah sendiri.
Tapi ia cuma lagu.
Ia juga peneman aku.
Iramanya kadang indah.
Rentaknya kadang sedih.
Liriknya kadang cerah.
Alunannya kadang pedih.

Mungkin tuhan sengaja,
bagi aku bercinta dengan lagu.
Kerna cinta manusia mungkin
boleh bunuh aku.

Friday, 3 April 2015

Aku manusia

Aku manusia
Aku tak boleh peluk gunung
Aku tak mampu capai langit
Aku tak bisa tutup terang matahari
Aku tak daya dakap semua isi laut

Kerna,
Aku manusia

Bak kata Wani Ardy,
Manusia,
Tak boleh ada semua.