Friday, 3 April 2015

Aku manusia

Aku manusia
Aku tak boleh peluk gunung
Aku tak mampu capai langit
Aku tak bisa tutup terang matahari
Aku tak daya dakap semua isi laut

Kerna,
Aku manusia

Bak kata Wani Ardy,
Manusia,
Tak boleh ada semua.

Friday, 13 March 2015

Kan bagus

Aku sunyi di sini.
Hanya menghadap asap sigar,
yang aku suka main zarahnya.

Kan bagus ada lampu LED berkelip
yang beri cahaya cerah.
Kan bagus ada pemuzik jalanan 
yang iramakan rentak reggae.
Kan bagus ada kawan dan teman
yang belanja aku gelak ketawa.
Kan bagus ada kekasih hati
yang bakal goncang hati aku.

Tak lah aku sesunyi ini.
Aku sunyi di sini.

Friday, 6 March 2015

Masih

Ombak laut nyanyi merdu.
Gita burung lunak mendayu.
Tapi aku masih mahu
suara emas kau,
memamnggil aku 'abang'.

-Buat sang bakal isteri-

Monday, 2 March 2015

Tenang

Aku cuba tenang.
Macam itik berenang.
Macam burung terbang.
Tapi kepala goncang.
Hati goyang.
Bila kau ucap,
" Selamat tinggal sayang."

Friday, 27 February 2015

Selamat jalan tempat praktikal

Hari ini kami pergi.
Tapi bukan dengan tangan kosong.
Kami pergi dukung doa.
Moga kalian temui bahagia.

Kami undur diri dulu.
Dengan jari kemas tersusun.
Minta maaf dari kalian.
Kira kami berlaku dusta.

Salam terima kasih kami hulur.
Kerna memberi izin kepada kami
menginap di sini.

Sampai kita bertemu lagi.
Di hari, masa, ketika yang 
kita semua belum pasti.

- Makmal keselamatan dan kualiti makanan-

Thursday, 26 February 2015

Nota cinta aku untuk kau.

Sejuk.
Aku intai tingkap.
Tengok langit siapa datang.
Langit nampak meriah.
Bintang bersepah
mengelilingi bulan.

Langit meriah seiring 
dengan hati aku.
Berseri.
Bergemerlapan.
Semua kerna kau.
Kehadiran kau memberi cahaya
terang dalam hati aku.

Pandang bulan bintang,
aku nampak wajah kau.
Wajah yang meledakkan bom 
bahagia dalam hati aku.
Wajah yang kikis satu persatu
daki kesedihan aku.

Kau penakluk alam semesta hati aku.
Kau permaisuri benua hati aku.
Kau bidadari dunia pujaan hati aku.
Kau terindah buat aku.

Ini kata-kata cinta aku.
Aku titipkan pada kau.
Untuk kekasih hati aku.

Harap kau senang.
Harap kau girang.
Harap kau riang,
bila baca nota ini.


Tuesday, 24 February 2015

Merapu

Jam 3.33 pagi.
Aku layan perasaan.
Terasa lambat jam bertukar
jadi 3.34.

Aku cuma pelok tubuh.
Cuba fikir masa depan yang
entah apa warnanya.
Gelap atau cerah aku tak pasti.

Aku cuba jadi tukang rabak
di usia ini.
Mungkin ingin jadi bohemian.
Ada yang tolak aku kedepan.
Ada yang tarik aku kebelakang.

Aku bukan lupa bidang aku.
Aku bukan cuba runtuhkan
harapan mama papa.
Aku cuma cuba cari minat aku.
Yang mungkin akan letakkan aku setapak,
dua tapak, bertapak-tapak di depan.  

Sekian...