Friday 27 February 2015

Selamat jalan tempat praktikal

Hari ini kami pergi.
Tapi bukan dengan tangan kosong.
Kami pergi dukung doa.
Moga kalian temui bahagia.

Kami undur diri dulu.
Dengan jari kemas tersusun.
Minta maaf dari kalian.
Kira kami berlaku dusta.

Salam terima kasih kami hulur.
Kerna memberi izin kepada kami
menginap di sini.

Sampai kita bertemu lagi.
Di hari, masa, ketika yang 
kita semua belum pasti.

- Makmal keselamatan dan kualiti makanan-

Thursday 26 February 2015

Nota cinta aku untuk kau.

Sejuk.
Aku intai tingkap.
Tengok langit siapa datang.
Langit nampak meriah.
Bintang bersepah
mengelilingi bulan.

Langit meriah seiring 
dengan hati aku.
Berseri.
Bergemerlapan.
Semua kerna kau.
Kehadiran kau memberi cahaya
terang dalam hati aku.

Pandang bulan bintang,
aku nampak wajah kau.
Wajah yang meledakkan bom 
bahagia dalam hati aku.
Wajah yang kikis satu persatu
daki kesedihan aku.

Kau penakluk alam semesta hati aku.
Kau permaisuri benua hati aku.
Kau bidadari dunia pujaan hati aku.
Kau terindah buat aku.

Ini kata-kata cinta aku.
Aku titipkan pada kau.
Untuk kekasih hati aku.

Harap kau senang.
Harap kau girang.
Harap kau riang,
bila baca nota ini.


Tuesday 24 February 2015

Merapu

Jam 3.33 pagi.
Aku layan perasaan.
Terasa lambat jam bertukar
jadi 3.34.

Aku cuma pelok tubuh.
Cuba fikir masa depan yang
entah apa warnanya.
Gelap atau cerah aku tak pasti.

Aku cuba jadi tukang rabak
di usia ini.
Mungkin ingin jadi bohemian.
Ada yang tolak aku kedepan.
Ada yang tarik aku kebelakang.

Aku bukan lupa bidang aku.
Aku bukan cuba runtuhkan
harapan mama papa.
Aku cuma cuba cari minat aku.
Yang mungkin akan letakkan aku setapak,
dua tapak, bertapak-tapak di depan.  

Sekian...

Sunday 22 February 2015

Anjing

Engkau jadi anjing.
Aku jadi gunung.
Kau nyalak kuat mana.
Aku sikit tak bergegar.

Sampai bila mahu jadi anjing?
Sampai bila mahu menyalak?
Woof!! Woof!!
Engkau bicara seribu patah,
sumpah seranah aku.
Aku tetap dengar Woof!! Woof!!

Sampai bila mahu jaga kain orang?
Tak sedar kain sendiri hampir terlucut.
Nanti kemaluan tersembul, 
sendiri malu.

Simpan la suara tu.
Nada kutukan kau, 
merosakkan alam.
Nanti alam berang.
Nanti tuhan marah.
Mampus kau jadi bisu.

Sudah bisu apa mahu buat?
Apa mahu bikin?
Mahu nyalak lagi?
Takut nanti manusia sendiri yang
campak kau dalam neraka.

Saturday 21 February 2015

Jarak

Jarak aku dengan kamu
cuma sejengkal.
Tapi aku masih perlukan sesuatu
untuk bawa aku kepada kamu.

Mungkin aku terlalu jauh 
dengan tuhan.
Jadi tuhan jauhkan aku
dengan kamu.

Monday 9 February 2015

Mati akal

Kau diam macam batu.
Tapi muka kita saling berpandangan.
Habis semua mantera jampi serapah cinta
aku taburkan,
tapi kau hanya main makanan di meja dengan garfu.

Hati aku berdebar, resah, kacau bilau 
bila melihat gelagat kau yang seperti 
menganggap kata-kata aku ini hanya bisikan
syaitan tanduk seribu ekor 9.

Aku cuba lagi.
Cuba tanya keputusan kau tentang perlanjutan 
hubungan kita - cinta yang aku harapkan.
Tapi seperti tadi,
mulut kau seperti ada kunci atau ada gam
yang membuatkan kau bisu.

Tapi,
tanpa mendengar suara lunak kau menjawab 
pertanyaan aku,
aku sudah tahu mana hala hubungan kita
selepas seorang lelaki berkaca mata hitam,
rambut kemas tersisip menarik tangan kau
dan membawa kau pergi.
Kau pergi dengan hati aku.
Hati aku sangkut melekat rapi dengan kau.
Pulangkan balik sial !!!

Aku letak kepala atas meja sambil
biar air mata aku menitis perlahan.
Aku mati akal.
Seiring dengan hati aku - mati.

Sunday 8 February 2015

Kawan

Kau dan aku satu kepala - kepala masuk air.
Paras air pun dah sampai mata.
Merapu meraban bersama.
Kau jatuh, aku sambut.
Aku sambut, aku tergelincir kau tarik tangan aku.
Aku tak pasti apa dunia aku akan jadi tanpa
kawan gila sewel macam kau.

Tempat luah perasaan yang beku 
bak ketulan ais dalam hati.
Tempat lepas geram menyala-nyala
bagai api marak yang boleh meranapkan satu kota.

Aku mahu kita seiring.
Walau kau ambil kanan dan aku pilh kiri,
aku mahu titik akhir kita sama.
Titik di mana kita jadi apa kita mahu jadi.

Kau kawan aku.
Atau perlu aku panggil sahabat.

Apa lanc kau nak buat,
jangan buang aku.

Saturday 7 February 2015

Sedih

Dia sedih.
Dia resah.
Gundah gulana.
Parah tak terkata.

Dia kebah, hampir rebah.
Tubuh lemah, muka pucat.
Semuanya barai.
Semuanya serabai.

Hatinya merah berdarah, 
seperti ditoreh objek yang lagi
tajam dari pisau.
Hatinya kuning bernanah,
persis diserang bakteria Salmonela.

Suaranya lemah,
langkahnya longlai.
Matanya merah,
Akibat cecair mata berderai.

Semuanya angkara dia ditinggalkan 
bidadari dunia pujaan hatinya.

Tuesday 3 February 2015

Kalah

Firasat aku benar.
Aku akan sampai satu titik ini.
Titik di mana aku hilang haluan aku.
Aku sesat dalam hutan hidup aku.
Aku lemas dalam lautan perjalanan aku.

Masuk hutan mesti tahu serba serbi hutan.
Selami laut harus tahu serba serbi laut.

Tapi aku alpa tentang itu.
Aku leka dek nikmat yang mencurah bagai air terjun.
Aku tidak sedar curahan itu buat aku tewas.

Kini bagaimana?
Berpatah balik atau teruskan
perjalanan yang sudah tidak lancar dan halus?
Beku otak aku.
Mati akal aku,
Aku sudah kalah!!!




Sunday 1 February 2015

Kecil-kecil dulu

Kecil-kecil dulu,
tak payah risau pasal wang.

Kecil-kecil dulu,
tak perlu endah pasal cinta.

Kecil-kecil dulu,
kau hanya fikir girang kau.

Kecil-kecil dulu,
kau hanya mahu kehendak kau dituruti.

Walau baju sarat dinodai lumpur,
kau masih gagah senyum dan ketawa.

Walau ibu sudah memekak,
ayah sudah melibas rotan,
kau masih bisa melompat riang.

Tapi itu,
kecil-kecil dulu.